KERAHSIAAN
mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis capaian- boleh baca, lihat, cetak atau dengan hanya mengetahui kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.
INTEGRITI
mencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak berdaftar. Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar (status), hapus atau cipta.
KESEDIAAN
Orang yang berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari mencapai suatu aset/data selagi beliau mempunyai capaian yang dibenarkan.
PENGGUNAAN YANG BETUL
Orang yang berdaftar menggunakan sistem komputer dengan cara betul atau dibenarkan. Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan sistem, jenayah komputer atau kerosakan akibat kecuaian manusia.