Rabu, 15 Oktober 2014

Soalan Pengukuhan 1


#SOALAN

  •  Sebuah syarikat ingin membuat subnet rangkaian yang  mempunyai 27 host ( PC ). Subnet mask  manakah yang paling sesuai untuk digunakan.

#DARIPADA FORMULA
  • Host per subnet = 2^y = 2
  • 2^y - 2 > = 27
- Oleh itu, Nilai y yang paling sesuai ialah 5
-Bermakna dalam oktet terakhir dalam subnet mask mempunyai 00000

  • Dalam bentuk binari = 11111111.11111111.11111111.11100000
  • Dalam bentuk decimal = 255.255.255.224
- Oleh itu, Subnet mask yang paling sesuai digunakan ialah 255.255.255.224

Cara Pengiraan Untuk SUBNET MASK ;)

Saya akan mengajar kamu bagaimana hendak mengira subnet mask.

#ANALISIS
  192.168.1.0 - Bermaksud IP kelas C dengan subnet
  11111111.11111111.11111111.11000000
  ( 255.255.255.192 )

#PENGIRAAN
1. Jumlah Subnet ?

  • Dimana X adalah banyaknya binari 1 pada oktet terakhir subnet mask ( 2 oktet terakhir untuk kelas B dan 3 oktet terakhir untuk kelas A ) 
  • Formula : 2^x
         Jadi jumlah subnet adalah 2^2 = 4 subnet

2. Jumlah host per subnet ?
  • Dimana Y adalah banyaknya binari 0 pada oktet terakhir subnet.
  • Formula : 2^y - 2
          Jadi jumlah host per subnet adalah 2^6 - 2 = 62 host.

3. Blok subnet = Ip max
  • Nilai oktet terakhir subnet mask
         = 256 - 192
        = 64

4. Alamat Broadcast dan Host yang sah.
  • kita ambil pengiraan daripada ' Blok Subnet '
         64 + 64 = 128
         128 + 64 = 192
    
        Jadi blok subnet adalah 0, 64, 128, 192


Subnet
Network
Alamat valid
Broadcast
1
192.168.1.0
192.168.1.1 – 192.168.1.62
192.168.1.63
2
192.168.1.64
192.168.1.65 – 192.168.1.126
192.168.1.127
3
192.168.1.128
192.168.1.129 – 192.168.1.190
192.168.1.191
4
192.168.1.192
192.168.1.193 – 192.168.1.254
192.168.1.255




sumber : badukan.com