Rabu, 19 Ogos 2015

MEMERIKSA PERSISIAN/PERKAKASAN KOMPUTER

Pada tajuk ini pula, kami di ajar oleh pensyarah cara untuk memeriksa persisian/perkakasan di dalam sebuah unit sistem komputer. Selain itu, cara untuk mengenalpasti kerosakan perkakasan (peripherals) komputer dan cara untuk menyelesaikan masalah kerosakan pada perkakasan tersebut. Setelah itu, kami di ajar cara untuk menguji perkakasan komputer.

DRIVER / PEMACU
  • Setelah anda format komputer dan install windows. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer. 
  • Contohnya, graphic card dan sound card.
  • Tanpa driver , anda akan dapati komputer anda tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
SOUND CARD (KAD BUNYI)
  • Sound card digunakan untuk mengeluarkan bunyi pada sesebuah komputer atau laptop kerana terdapat beberapa komputer yang bercirikan multimedia.
  • Terdapat beberapa jenis sound card seperti Creative, ESS, Sony, OPTI dan banyak lagi.

KAD PAPARAN
  • Kad tambahan yang dipasang dalam sesebuah komputer peribadi untuk membolehkan komputer memaparkan antara muka perisian pada monitor. Kad ini juga digunakan bergantung kepada jenis monitor yang hendak anda gunakan.
  • Terdapat dua jenis kad grafik ialah PCI dan AGP.
NETWORK CARD
  • Untuk menyambungkan komputer anda capaian internet. Anda memerlukan Nwetwork Card. Terdapat dua jenis Network Card.
1. Internet Modem                    : Merupakan kad untuk rangkaian internet melalui talian tel biasa yang                                                    telah disediakan modem dalamannya sendiri.

2. Local Area Network (LAN) : Bagi membolehkan komputer ke Hub yang terdiri daripada banyak                                                         rangakian.

3. Wireless Card                       : Teknologi terkini tanpa wayar.


PROVIDE COMPUTER NETWORK REMOTE SUPPORT

  • Ianya merupakan kaedah atau utiliti untuk menghubungkan komputer secara atas talian samada melalui LAN atau WAN.
  • Kaedah ini membolehkan pentadbir rangkaian membuat kawalan (remote) kepada komputer tertentu.

KEGUNAAN COMPUTER NETWORK REMOTE
  • Penyelenggaraan komputer boelh dijalankan dengan lebih cekap.
  • Pemantauan sistem rangkaian.
  • Pengurusan wifi zone.
  • Membantu pengguna mengatasi permasalahan dengan lebih cekap.
  • Memantau aktiviti pengguna.
  • Pengurusan perniagaan dengan lebih cekap.

KAEDAH COMPUTER NETWORK REMOTE
  • Perisian Windows (built in) - Remote Desktop connections
  • Perisian Pihak Ketiga          - vnc Protocol , Tiny Viewer dan Team Viewer.