Saya ingin memberi sedikit
pengetahuan tentang kebersihan ruang kerja. Kita bukan saja menjaga keselamatan
dalam makmal tetapi kebersihan juga penting untuk keselesaan pengguna
computer,pelajar,guru dan orang luar. Selain itu, kebersihan juga penting untuk
kita lebih selesa menggunakan makmal computer dan tempat-tempat kerja yang
sesuai.
Untuk menjaga kebersihan ruang kerja kita haruslah menyediakan
Tong sampah unuk membuang sampah dan tidak makan atau minum dalam makmal.
Selain itu, Ruang kerja juga haruslah berhawa dingin supaya Komputer dalam
makmal tidak panas dan makmal juga mestilah berkarpet bagi mengelakkan
elektrostatik kerana computer sensitif terhadap elektrostatik.Seterusnya, ruang
kabel di lantai juga harus dikemas dan disusun dengan rapi.Bukan itu saja, kita
juga harus menjalankan tugas untuk membersih makmal supaya tidak
berdebu.Contohnya : Menyapu, Lap tingkap,buang sampah dan sebagainya.Akhir
sekali, pencahayaan juga harus diambil peduli kerana pencahayaan boleh menyebabkan
kita silau ketika hendak membuat kerja di computer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan