Isnin, 2 November 2015

KOMPONEN RANGKAIAN ASAS (BASIC NETWORK COMPONENTS) DAN KESELAMATAN :)

1.      1. LAPISAN RANGKAIAN
1.1    Operasi system media.
·         Syarat asas dalam sebuah rangkaian
§  Satu skim kabel
§  Protokol atau bahasa biasa

1.2   Seni bina Rangkaian (Model OSI) (Network Architecture)

LAYER 7
APPLICATION / APLIKASI
Tahap atau lapisan merupakan tahap yang teratas. Aplikasi biasa berada di tahap ini, seperti windows.
LAYER 6
PRESENTATION / PERSEMBAHAN
Format tahap persembahan data sebelum memindahkannya ke peringkat akhir iaitu tahap atau lapisan aplikasi.
LAYER 5
SESSION / SESI
Tahap sesi adalah untuk mewujudkan sesi antara proses.
LAYER 4
TRANSPORT / PENGANGKUTAN
Tahap pengangkutan adalah unutk disusun dan diperakui pertukaran data.
LAYER 3
NETWORK / RANGKAIAN
Tahap rangkaian adalah berkaitan dengan laluan bingkai (frame) antara rangkaian. Sebuah bingkai atau paket ialah apa yang sebenarnya diletakan di atas wayar dengan rangkaian interface.
LAYER 2
DATA LINK / PAUTAN DATA
Tahap pautan data menyediakan penghantaran bebas dari kesilapan lantas membebaskan lapisan atas tanpa rasa bimbang tentang kesilapan dalam penghantaran.
LAYER 1
PHYSICAL / FIZIKAL
Tahap fizikal adalah berkaitan dengan meletakkan satu aliran bit mentah (packet) dari NIC pada medium fizikal, kabel rangkaian.

1.3   Protokol atau Bahasa
·         Protocol adalah satu set peraturan dan prosedur unutk bertukar-tukar maklumat antara computer.
·         Protocol menentukan bagaimana saluran komunikasi diwujudkan, bagaimana maklumat dihantar dan bagaimana kesilapan dikesan dan diperbetulkan.
·         Terdapat beberapa jenis protocol.
a.     TCP / IP (Transmission Control Protokol / Internet Protocol)
b.     NetBEUI (NetBios Extended User Interface)
c.     IPX / SPX (Sequenced Packet Exchange)
d.     Ethernet network
e.     Token Ring.
1.4   Protokol Rangkaian (Networking Protocol)
JENIS RANGKAIAN
PROTOCOL YANG DIGUNAKAN
DIRECT CABLE CONNECTION
NETBEUI, TCP/IP OR IPX/SPX
DIAL-UP NETWORKING (DUN)
NETBEUI, TCP/IP OR IPX/SPX
MICROSOFT (WINDOWS NT)
NETBEUI, TCP/IP OR IPX/SPX
INTERNET
TCP/IP
NETWARE 4 DAN KE BAWAH
IPX/SPX
NETWARE 5 KE ATAS
TCP/IP OR IPX/SPX

1.5   Pemberian Alamat IP (Internet Protocol)
a)     Alamat Ip adalah unik dan anada perlu menetapkan alamat untuk IP.
b)     Panjang alamat IP adalah 32 bit atau empat octet. Ia boleh ditulis sama ada dalam bentuk binary atau ungkapan perpuluhan.
                                              i.        Kod binary – 11001100 01001110 00110100 00101011 atau empat octet.
                                             ii.        Ungkapan decimal – 204.78.52.43
c)     Jenis alamat IP
·         Kelas Alamat IP (IP Address Classes)
·         Subjaring (Subnetting)
·         Default Gateway (Default Router)
·         ARP (Address Resolution Protocol)
·         DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol)
·         Utiliti IP (IP Utilities)
1.6   Bagaiman untuk mengenal pasti Network Interface Card (NIC)
a)     NIC adalah kad yang dipasang pada PC dan Stesen kerja.
b)     NIC menghantar maklumat yang diterima dariapda tahap yang lebih tinggi dalam lapisan Protocol dan meletakanya pada jaringan.
c)     NIC melebarluaskan data tetapi membentuknya menjadi paket-paket kemas.
d)     Satu paket data mengandungi maklumat dalam format tertentu, seperti satu alamat sumber dan satu alamat destinasi dan data.

      2. PERALATAN RANGKAIAN (NETWORK EQUIPMENT)
2.1   Penghubung (Bridges)
a)     Menyambungkan dua LAN yang sama atau ebrbeza unutk membentuk satu rangkaian yang panjang.
b)     Menyimpan dan menghantar kerangka pautan data (data links frames) antara LAN.
c)     Menerima kerangka, mengesah checksum dan menghantar ke rangkaian yang berbeza.
d)     Mengetahui stesen kedudukan kerja dan pelayan (server) pada garis rangkaian.



2.2  Pengulang (Repeater)
a)     Menyalin bit individu
b)     Digunakan untuk menjana semula isyarat yang lemah dan meningkatkan capaian kabel.

2.3  Router
a)     Peranti yang menghubungkan beberapa rangkaian temasuk mereka yang mempunyai protocol yang berlainan.
b)     Mencari ajalan untuk mesej dan kemudian menghantar mesej pada jalan yang dipilihda n emmbuat keputusan dengan melihat pada medan alamat rangkaian.
c)     Router kelihatan seperti bridge tetapi ciri-ciri yang membezakan router ialah mengenalpasti laluan alternative untuk mesej dan menggunakan untuk menghantar mesej jika laluan utama tidak disediakan. Ini dapat dilakukan jika rangkaian WAN itu berfungsi.

2.4  Gateway
·         Menyambungkan dua seni bina rangkaian yang berbeza yang mana asasnya adalah penukar protocol.

2.5  Suis (Switches)
a)     Susi berfungsi sebagai satu saluran yang menyalurkan hos yang besar kepada hos yang kecil.
b)     Domain perlanggaran akan dikurangkan melalui konfigurasi. Setiap stesen kerja adalah satu-satunya stesen kerja pada wayar.
c)     Dalam persekitaran yang besar , suis digunakan untuk mencapai Collapsed Backbone.

     3. Topologi Rangkaian.
·         Konfigurasi atau fizikal alat-alat dalam rangkaian dikenali sebagai rangkaian topologi.

3.1   Terdapat 3 jenis topologi
                              i.        Topologi Bas (Bus Topology)
                             ii.        Topologi Cincin (Ring Topology)
                            iii.        Topologi Bintang (Star Topology)

      a)     Topologi Bas
·         Konfigurasi bas bertapak pada kabel sepaksi dalam rangkaian mudah di mana computer boleh berhubung untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain.
·         Trafik sebagai voltan yang digunakan untuk mana-mana mesein yang perlu berhubung dan digunakan pada bas.
·         Pelanggan dan pelayan boleh diletakan secara rawak pada rangkaian kerana mereka boleh mendengar kerangka yang dihantar oleh mesin.
·         Satu jenis rangkaian bas boleh menambah lebih banyak mesin yang akan bersaing untuk talian penghantaran.

     b)     Topologi Cincin
·         Konfigurasi cincin menyediakan kaedah alternative untuk penghantaran data dari satu computer kepada yang lain melalui satu segmen.
·         Konfigurasi ini bergantung kepada kaedah penyerahan token kerana satu mesin dibentuk untuk menjadi satu token.
·         Token merupakan kenderaan yang membawa semua rangkaian komunikasi dan dihantar dari satu mesin ke mesin yang lain dalam bentuk gegelung.
·         Token dihantar dari kad rangkaian ke kad rangkaian yang lain sehingga ia sampai ke destinasi. Setelah kerangka diterima, ia akan merumuskan jawapan dan dihantar semula penghantar asal mesej tersebut.

     c)     Topologi bintang
·         Fizikal topologi bintang adalah nod (nodes) yang dikaitkan dengan hab pusat (central hub). Rangkaian yang digunakan oleh data di antara nod dan melalui hab bergantung kepada reka bentuk pusat, reka bentuk kabel serta perkakasan dan perisian konfigurasi nod.

3.2  Terdapar beberapa akronim yang paling asas :
a)     LAN (Local Area Network)
-      Rangkaian yang hanya di satu lokasi.
b)     WAN (wide Area Network)
-      Rangkaian yang meliputi keluasan yang besar dan dibentuk dengan menyambungakan router dengan dua atau lebih LAN.
c)     MAN (Metropolitan Area Network)
-      Rangkaian yang meliputi kawasan Bandaraya.

            4.  ANCAMAN DALAM RANGKAIAN
4.1   Isu keselamatan Rangkaian.
a.     Perkongsian
b.     Kerumitan system
c.     Perimeter yang tidak dikenali.
d.     Pelbagai jenis ancaman
e.     Ketanpanamaan
4.2  Analisis Ancaman Keselamatan.
·         Sesuatu rangkaian mempunyai :
a.     Nod tempatan yang dihubungkan melalui
b.     Pautan komunikasi tempatan
c.     Rangkaian kawasan tempatan
d.     Penyimpanan data tempatan
e.     Proses tempatan
f.      Peranti tempatan.

·         Rangkaian kawasan tempatan juga dihubungkan dengan
a.     Pintu masuk rangkaian yang memberikan akses
b.     Rangkaian pautan komunikasi
c.     Sumber-sumber rangkaian kawalan
d.     Router rangkaian
e.     Sumber rangkaian seperti pangkalan data.

          5.  Kawalan keselamatan rangkaian
a.     Penyulitan
b.     Kawalan akses
c.     Pengesahan dalam agihan system
d.     Kawalan trafik
e.     Peningkatan privsi mel elektronik
f.      Firewall.



1 ulasan: