Isnin, 26 Oktober 2015

MENGURUS AKTIVITI KERJA


1.      MEMAHAMI SKOP KERJA.
ü  Mengenalpasti tugasan yang akan dilakukan, kerja-kerja dan tanggungjawab yang diberikan adalah maklumat yang akan digunakan ketika menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan oleh seseorang individu dalam melaksanakan tugas yang memuasakan.
ü  Aspek seterusnya yang perlu dikenalpasti ialah peralatan atau bahan yang akan digunakan, produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan.

2.      MENGENALPASTI  HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHNYA.
Ø  Memikirkan hasil kerja yang penting dengan teliti serta mencatatnya.
Ø  Nyatakan apa dan bila hasil kerja itu hendak dicapai dengan jelas.
Ø  Elakkan meningkatkan tekanan kerja dengan mengelak daripada membuat terlalu banyak tugasan dalam satu masa.
Ø  Kenalpasti syarat dan sumber berkaitan adalah salah satu langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat. Hal ini dapat membantu anda untuk menyusun kerja dengan jayanya.
Ø  Mengenalpasti sumber yang diperlukan sangat penting sekiranya pihak lain memberi bantuan atau kerjasama untuk mencapai matlamat.
Ø  Produktiviti pekerja adalah penting untuk mengukur pencapaian kecekapan dan keberkesanan seorang pekerja dalam melaksanakan tugas.
Ø  Kehadiran adalah salah satu daripada produktiviti pekerja kerana pekerjaan sukar untuk dilaksanakan sekiranya terdapat pekerja yang tidak hadir.
Ø  Sikap menilai perlu ada dalam diri pekerja untuk menunjukkan perasaan seseorang tersebut.
Ø  Komponen kognitif adalah sikap yang merangkumi kepercayaan, pendapat, pengetahuan dan maklumat yang ada pada seseorang individu.
Ø  Komponen afektif pula adalah sikap yang melibatkan emosi dan perasaan. Perlu diingat istilah sikap selalunya hanya merujuk kepada komponen afektif.
Ø  Komponen tingkah laku pula merujuk kepada keinginan untuk berkelakuan dalam cara tertentu terhadap seseorang atau sesuatu.

3.      MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG SESUAI.
ü  Apabila teliti sebuah organisasi dan bagaimana ia beroperasi ia merangkumi ribuan tugasan.
ü  Tugasan ini digabung menjadi kerja-kerja yang lebih besar.
ü  Setiap kerja tidak sepatutnya berkembang dengan sendirinya dan ia perlu dirangka dengan teliti supaya menepati permintaan yang sentiasa berubah.
# jika semua perkara di atas diambil kira , para pekerja akan bermotivasi untuk bkerja lebih kuat.

3.1 Peluasan Kerja ( Job Enlargement ).
·         Perancangan kerja menjadikan kerja-kerja lebih kecil dan khusus . Namun, kerja yang sangat focus dan khusus mewujudkan cabaran yang lebih besar untuk memotivasikan pekerja.
·         Peluasan kerja ialah salah satu usaha terawal untuk menyelesaikan masalah pengkhususan ialah dengan melibatkan peluasan kerja secara horizontal iaitu dengan menambah skop kerja dan bilangan tugasan.
·         Usaha-usaha yang dilakukan dalam peluasan kerja yang hanya menumpukan kepada perluasan tugasan tidak akan menghasilkan keputusan yang hebat kerana kebanyakan uasaha perluasan mempunyai sedikit cabaran dan kurang bermakna.

3.2 Pengayaan pekerjaan ( Job Enrichment ).
·         Pendekatan lain dalam mereka bentuk pekerjaan yang bermotivasi ialah melalui peluasan kerja secara vertical iaitu dengan menambah tanggungjawab untuk merancang dan mentafsir.
·         Pengayaan pekerjaaan meningkatkan kefahaman dalam seseuatu kerja iaitu tahap kawalan seorang pekerja ke atas kerja yang mereka lakukan.
·         Pekerja dipertanggungjawab untuk melakukan beberapa tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh pengurus mereka.
·         Pekerja dibenarkan untuk mengikut acuan sendiri dan penuh tanggungjawab. Walaupun pengayaan pekerjaan boleh meningkatkan kualiti output kerja serta motivasi dan kepuasan sendiri.

3.3  Model Ciri-ciri Kerja ( Job Characteristics Model/JCM ).
*      Melalui rangka kerja ini, beberapa perkara dikenalpasti iaitu 5 ciri-ciri asas kerja, hubungan dan impak ke atas produktiviti, motivasi dan kepuasan pekerja.
ü  Kepelbagaian Kemahiran
Tahap di mana suatu kerja yang memerlukan pelbagai aktiviti agar seorang pekerja dapat menggunakan kemahiran dan kebolehan yang berbeza.
ü  Pengenalan Tugasan
Merujuk kepada satu hasil kerja yang lengkap dan boleh dikenalpasti.
ü  Signifikan Tugasan
Merujuk kepada suatu kerja yang memberi impak yang besar dalam kehidupan dan kerja individu lain.
ü  Autonomi
Merujuk kepada kerja yang memberikan seorang individu kebebasan sepenuhnya dan mampu membuat keputusan sendiri dalam mengatur jadual kerja dan menentukan prosedur yang akan digunakan untuk menyiapkan sesuatu kerja.
ü  Maklum Balas
Satu tahap di mana pekerja mendapat maklum balas tentang prestasi kerja mereka berdasarkan hasil kerja yang dilakukan.

4.      MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA.
Kenalpasti apa yang hendak dilakukan.
·         Dengan mengetahui apa yang perlu ditumpukan kita adakan dapat memastikan hasil kerja yang hebat. 3 perkara yang perlu ditumpukan iaitu menjelaskan minat anda, memahami kekuatan dan kelemahan anda serta mengenalpasti kerja anda dan apa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang hebat.

4.1. Melakukan apa yang anda minat
·         Tugas akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya mengetahui dengan jelas apa yang anda suka dan tidak suka.
·         Sesetengah pekerjaan pasti mempunyai elemen yang rumit dan yang tidak menarik, oleh itu bahagian yang mempunyai elemen ini perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.

4.2. Tumpukan kepada kekuatan diri
·         Cara untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri ialah dengan menjalankan analisi SWOT(strength/weakness/oppurtunities/threat).
·         Anda digalakkan untuk mendapatkan kerja yang sesuai dengan kekuatan diri dan kebolehan yang anda ada dan tidak menonjolkan kelemahan diri anda.

4.3. Memahami bagaimana untuk cemerlang dalam pekerjaan anda.
·         Mempunyai kesefahaman dengan majikan adalah cara terbaik untuk memastikan yang anda ada berada di landasan yang betul.
·         Tanyakan diri anda dengan soalan berikut
ü  Apakah halatuju pekerjaan tersebut?
ü  Apakah ukuran sebuah kejayaan?
ü  Apakah pencapaian yang luar biasa?
ü  Apakah keutamaan dan had waktu?
ü  Apakah sumber-sumber yang tersedia?
ü  Apakah kos yang diperuntukkan?
ü  Bagaimana ini boleh dikaitkan dengan individu lain?
ü  Apakah gambaran yang lebih luas untuk ruang kerja anda?
·         Anda akan tahu bagaimana untuk melakukan kerja anda dengan betul sekiranya anda mempunyai jawapan untuk persoalan diatas.
·         3 cara utnuk menentukan keutamaan kerja anda ialah
a)      Tumpukan kepada apa yang anda suka
b)      Menggunakan analisa SWOT untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anda. Ia membantu anda menggunakan kelebihan anda, meminimumkan kelemahan dan berada di landasan yang betul.
c)      Akhirnya, ia menerangkan bagaimana menerangkan kerja anda kepada majikan dan menumpukan untuk melakukan yang terbaik di bidang yang dianggap penting oleh majikan anda.
·         Anda mampu bekerja dengan efisien sekiranya anda menumpukan kepada keutamaan yang tepat.

5.      TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF.
*      Pengurusan masa bukan sahaja untuk menguruskan masa kita ia juga adalah mengenai pengurusan diri kita sendiri. Berkaitan dengan keutamaan, kawalan situasi kendiri dan penggunaan masa untuk mengubahtabiat yang suka membuang masa.

§  Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan masa.
§  Sesetengah aktiviti dipengaruhi oleh eleman luaran seperti kewajipan terhadap keluarga dan tugas di tempat kerja.
§  Ada aktiviti yang dipengatuhi oleh elemen dalaman seperti berbual di telefon, pengllibatan dalam persatuan atau projek atau hanya membuang masa.

*      Pengurusan yang baik.
§  Tetapkan matlamat yang realistic yang boleh dicapai.
§  Wujudkan keutamaan
§  Bertanggungjawab penuh ke atas penggunaan dan penyalahgunaan masa.

*      Mengetahui setiap elemen penting ke atas agar anda memahami cabaran dalam pengurusan masa.
a)      Elakkan daripada mewujudkan situasi yang mustahil.
                                                        i.            Percubaan untuk bekerja 40 jam seminggu dan mengambil beban akademik 12 jam merupakan sesuatu yang mustahil.
                                                      ii.            Mengkaji semula kewajipan dan tangungjawab luaran anda.
                                                    iii.            Menilai setiap satu item secara realistic semasa anda menyedikan diri untuk jadual semester baru.

b)      Tentukan keutamaan anda
                                                        i.            Semasa pengurusan masa yang Berjaya bermula dengan perancangan.
                                                      ii.            Gunakan calendar mingguan dan senarai “To Do” harian dan catatkan semua perkara yang anda ingin capai pada hari tersebut.


                                                    iii.            ia juga untuk menetapkan keutamaan harian dan pastikan


                                                     iv.            anda membuat senarai setiap pagi.
                                                       v.            Gunakan senarai ini agar anda dapat gambarkan apa yang anda mesti buat pada hari tersebut dan meletakan focus ke atas aktiviti harian anda.

*      Kelebihan pengurusan masa
                                i.            Menghapuskan penangguhan kerja
                              ii.            Sentiasa berada dalam kawalan
                            iii.            Mengurangkan tekanan
                             iv.            Melengkapkan lebih kerja dan meningkatkan kejayaan
                               v.            Menikmati masa luang yang ada.

6.      TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTABILITI DALAM PEKERJAAN.
Ø  Bertanggungjawab
·         Bertanggungjawab ialah jawatan yang ditetapkan untuk melengkapkan sesuatu tugasan.
·         Tanggungjawab yang digalas oleh seseorang pekerja terhadap organisasi:
a)      Memberikan yang terbaik dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan.
b)      Mengetahui hadnya.
c)      Mengetahui objektif dan matlamat organisasi.
d)      Menghormati dan mematuhi ketua.
e)      Memahami bahawa ketua mempunyai hak untuk membuat keputusan.
f)       Setiap orang bertanggungjawab ke atas kejayaan organisasi.

Ø  Akauntabiliti
·         Akauntabiliti atau jawatan perlu dipertanggungjawabkan dalam memastikan yang ia dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapan yang ditetapkan.
·         Tugas tersebut tidak semestinya dilakukan dengan sendiri.
·         Individu tersebut perlu mempunyai akauntabiliti dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

a)      Melengkapkan kerja dengan tepat,difahami,dan tersusun
·         Sekiranya ingin Berjaya, anda perlu melengkapkan kerja dengan betul,boleh dibaca dan difahami tanpa kesalahan.
·         Kecuaiandalam membuat kerja akan merugikan syarikat.
·         Kualiti kerja akan menggambarkan kebolehan anda.



b)      Mengaku apabila melakukan kesilapan
·         Kesilapan akan menyebabkan kerja, masa dan usaha yang lebih untuk membetulkannya.
·         Anda perlu bertanggungjawab di atas kesilapan yang anda lakukan kerana ia dapat mengurangkan tekanan di kalangan rakan sekerja.

c)      Membetulkan kesilapan
·         Bersikap jujur adalah sangat penting dalam menjalankan tugas.
·         Jika berlakunya sikap tidak jujur, ianya akan menyebabkan kerugian berlaku apabila berlakunya pergaduhan diantara pekerja.

d)      Terima cadangan daripada penyelia untuk meningkatkan cara bekerja.
·         Menerima cadangan daripada orang lain dapat membantu anda dalam men inggkatkan cara bekerja.

e)      Menyelesaikan masalah atau mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan masalah
·         Kemampuan untuk menyelesaikan masalah dan mengetahui bila untuk mendapatkan bantuan adalah penting kerana kedua-dua elemen ini:
o   Meningkatkan kepuasan kepada pelanggan
o   Memberi kepuasan kepada pelanggan
o   Membina kerjasama berpasukan dalam kalangan rakan sekerja
o   Menjimatkan duit syarikat.

f)       Mendapatkan maklumat tambahan apabila diperlukan
·         Jika mempunyai maklumat, anda dapat menyiapkan tugasan dengan baik.
·         Maklumat hendaklah didapatkan sebelum memulakan tugasan.

g)      Membuat penilaian ke atas kualiti kerja yang telah dilaksanakan.
·         Memeriksa kerja agar ia bebas daripada kesalahan  untuk memastikan kerja anda mengikut ketetapan atau melebihi ketetapan yang ditetapkan oleh syarikat.


Rabu, 16 September 2015

INSPECT COMPUTER NETWORK OPERATING SYSTEM

Pada hari ini , saya ingin berkongsi sedikit pembelajaran saya pada minggu lepas anda boleh membacanay sendiri :

Terdapat dua jenis sistem operasi rangkaian :
        i.            Sistem Operasi Rangkaian – windows
·         Micrososft Windows Server 2016
·         Micrososft Windows Server 2012
·         Micrososft Windows Server 2008
·         Micrososft Windows Server 2003
·         Micrososft Windows Server 2000
      ii.            Sistem Operasi Rangkaian – LINUX
·         Ubuntu
·         Red hat Enterprise Linux
·         SUSE Linux Enterprise Server
·         CentOS
·         Debian
·         Oracle Linux
·         Magela / Mandriva

WINDOWS SERVER 2012 EDITIONS
- Windows Server 2012 Datacenter
Windows Server 2012 Standard
Windows Server 2012 Essentials
Windows Server 2012 Foundation

WINDOWS SERVER 2012 DATACENTER
- Direka untuk pelayan besar dan berkuasa
- Menyokong sehingga 64 pemproses
- Kerosakan Toleransi

WINDOWS SERVER 2012 STANDARD
- Set lengkap pelayan 2012.
 Tetapi berbeza dengan datacenter kerana ia hanya menggunakan melalui lessen.

WINDOWS SERVER 2012 ESSENTIALS
- Pada pemahaman saya, Server Essentials ini hampir semua ciri-ciri membentuk Datacenter dan edisi Standard dia ada kecuali ,
i.                    Server Core
ii.                  Hyper-V
iii.                Active Directory Federations Server
- Terhad kepada server maya dan hanya 25 pengguna.

WINDOWS SERVER 2012 FOUNDATIONS
- Pada server ini pula , ia hanya direka untuk perniagaan kecil sahaja.
- Ia hanya dapat menyokong ciri asas seperti “File and Print Services” dan “applications Support”.
- Tiada hak virtualisasi
- Terhad kepada 15 pengguna.

MINIMUM SYSTEM REQUIREMENT FOR ALL EDITIONS OF WINDOWS SERVER 20112.
1.      PROCESSOR : 1.4 ghz 64 bit
2.      RAM              : 512 MB
3.      DISK DRIVE  : 32 GB
4.      DVD or USB fkash drive (installations)
5.      Super VGA (800 x 200) or higher resolution monitor.

Cerita hari ini :)

Selamat pagi kepada semua orang yang telah melawat blog dan saya juga mengucapkan terima kasih kerana telah melawat blog saya yang tidak seberapa ini.

Pada hari ini iaitu 17 september 2015 kami sekelas telah menjalankan satu kompetensi daripada guru kami iaitu Master Kasius Kien. Kompetensi yang kami telah jalankan tadi ialah Modul 4 kompetensi 4 ( Inspect Computer Network Operating System ) .

Bagi saya kompetensi ini tidak juga telalu susah untuk di jawab tetapi ia juga menggunakan otak untuk menjawab kerana terdapat beberapa soalan yang mengelirukan. Sebelum kami menjawab kompetensi  guru kami terlalu baik kerana telah memberikan beberapa minit untuk membaca buku berkaitan dengan kompetensi 4 ini.

Seterusnya, syukur kerana saya dapat juga menjawab semua soalan dalam kompetensi 4 dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah mengajar saya pada modul 4 ini.

Rabu, 19 Ogos 2015

MEMERIKSA PERSISIAN/PERKAKASAN KOMPUTER

Pada tajuk ini pula, kami di ajar oleh pensyarah cara untuk memeriksa persisian/perkakasan di dalam sebuah unit sistem komputer. Selain itu, cara untuk mengenalpasti kerosakan perkakasan (peripherals) komputer dan cara untuk menyelesaikan masalah kerosakan pada perkakasan tersebut. Setelah itu, kami di ajar cara untuk menguji perkakasan komputer.

DRIVER / PEMACU
  • Setelah anda format komputer dan install windows. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer. 
  • Contohnya, graphic card dan sound card.
  • Tanpa driver , anda akan dapati komputer anda tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.
SOUND CARD (KAD BUNYI)
  • Sound card digunakan untuk mengeluarkan bunyi pada sesebuah komputer atau laptop kerana terdapat beberapa komputer yang bercirikan multimedia.
  • Terdapat beberapa jenis sound card seperti Creative, ESS, Sony, OPTI dan banyak lagi.

KAD PAPARAN
  • Kad tambahan yang dipasang dalam sesebuah komputer peribadi untuk membolehkan komputer memaparkan antara muka perisian pada monitor. Kad ini juga digunakan bergantung kepada jenis monitor yang hendak anda gunakan.
  • Terdapat dua jenis kad grafik ialah PCI dan AGP.
NETWORK CARD
  • Untuk menyambungkan komputer anda capaian internet. Anda memerlukan Nwetwork Card. Terdapat dua jenis Network Card.
1. Internet Modem                    : Merupakan kad untuk rangkaian internet melalui talian tel biasa yang                                                    telah disediakan modem dalamannya sendiri.

2. Local Area Network (LAN) : Bagi membolehkan komputer ke Hub yang terdiri daripada banyak                                                         rangakian.

3. Wireless Card                       : Teknologi terkini tanpa wayar.


PROVIDE COMPUTER NETWORK REMOTE SUPPORT

  • Ianya merupakan kaedah atau utiliti untuk menghubungkan komputer secara atas talian samada melalui LAN atau WAN.
  • Kaedah ini membolehkan pentadbir rangkaian membuat kawalan (remote) kepada komputer tertentu.

KEGUNAAN COMPUTER NETWORK REMOTE
  • Penyelenggaraan komputer boelh dijalankan dengan lebih cekap.
  • Pemantauan sistem rangkaian.
  • Pengurusan wifi zone.
  • Membantu pengguna mengatasi permasalahan dengan lebih cekap.
  • Memantau aktiviti pengguna.
  • Pengurusan perniagaan dengan lebih cekap.

KAEDAH COMPUTER NETWORK REMOTE
  • Perisian Windows (built in) - Remote Desktop connections
  • Perisian Pihak Ketiga          - vnc Protocol , Tiny Viewer dan Team Viewer.

Ahad, 26 April 2015

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

1.       KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Terdapat beberapa jenis komunikasi yang perlu difahami terlebih dahulu iaitu :

ü  Komunikasi Intra Personal
Setiap individu atau personal perlu
a.       Memperbaiki diri agar dapa berkomunikasi dengan baik
b.      Pembangunan diri (prinsip, akhlak, sikap)
c.       Pembangunan fikiran (kreatif & inovatif)
d.      Bermulanya komunikasi berkesan

ü  Membangunkan Teknik-teknik Berkomunikasi Dalam Diri
Komunikasi dalam diri dapat dibangunkan dengan
a.       Pembangunan Diri
                                                                                I.            Akhlak yang baik
                                                                              II.            Sikap yang professional iaitu dapat mengawal perasaan dan keyakinan diri
                                                                            III.            Berfikiran Kreatif

Bagi berkomunikasi dengan baik, secara individu perlu ada pengetahuan tentang perkara di bawah iaitu :
a)      Teknik Komunikasi lisan (presentation, telefon) Bukan Lisan (isyarat) Tulisan (surat) Elektronik (emel,faks)
b)      Media komunikasi telefon, faks, emel, surat, memo, presentation, laporan
c)       “Subject matter” perkara yang dibincangkan dalam komunikasi

ü  Komunikasi Inter Personal
Komunikasi seseorang dengan seseorang yang lain atau lebih daripada seorang. Dibantu oleh alat-alat komunikasi seperti telefon, faks, emel, surat, memo, presentation dan laporan.

ü  Jenis-jenis Komunikasi
a.       Arahan / Standard Operating Procedures / Manual
b.      Menganalisis Mesej
c.       Mendapatkan Maklumat
d.      Memikirkan teknik-teknik yang sesuai