KOMUNIKASI SECARA EFEKTIF
Kaedah pertama dalam berkomunikasi ialah :
1. MENDENGAR DAN MEMBACA
ü Mendengar dengan baik penting untuk membantu pemahaman yang lebih tepat, ia melibatkan gabungan fizikal dan mental tetapi ia juga akan melibatkan halangan fizikal dan mental seperti bahasa, kebisingan dan penyampaian.
v Kaedah Mendengar yang berkesan
Terdapat beberapa kaedah yang berkesan :
Terdapat beberapa kaedah yang berkesan :
a) Bertanya dan minta penjelasan
· Contohnya, kita bertanya kepada pihak yang terlibat jika tidak memahami sesuatu perkara dan minta penjelasan yang membuat kita faham tentang perkara tetsebut.
b) Beri maklumbalas
· Contohnya, jika seseorang bertanya atau berbual dengan kita, kita harus memberi maklumbalas bahawa kita faham atau dengar perkara yang disampaikan.
c) Tumpukan perhatian
· Contohnya, ketika orang hendak menyampaikan perkara yang penting kita harus menumpukan perhatian supaya mudah untuk difaham dan fokus pada apa yang hendak disampaikan.
d) Angguk
· Contohnya, Kita angguk sebagai kita dengar atau faham tentang perkara yang disampaikan.
e) Bersabung mata
· Contohnya, kita melihat mata pihak yang ingin menyampaikan sesuatu supaya kita lebih fokus dan faham .
f) Membongkok ke hadapan
· Contohnya, apabila kita tidak memahami sesuatu perkara itu ataupun kurang jelas dengan apa yang hendak disampaikan kita boleh membongkok ke hadapan supaya kita dapat mendengar dengan lebih tepat.
g) Catit atau rekod
· Contohnya, kita catit atau rekod perkara yang penting supaya ia mudah untuk kita rujuk kembali.
h) Ringkaskan dan minta persetujuan
· Contohnya, jika perkara yang disampaikan terlalu susah untuk difaham kita boleh meringkaskan apa yang disampaikan. Selepas itu, minta persetujuan daripada pihak yang terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan