Ahad, 26 April 2015

MEREKOD MAKLUMAT

1.3   MEREKOD MAKLUMAT
Kaedah untuk merekod maklumat adalah seperti dibawah.

*     NOTA DAN BUKU CATITAN
Pastikan perkara penting dicatit dan tulisan adalah jelas dan mudah difahmi.

*     P.D.A (ELEKTRONIK)
Kaedah terkini untuk merekod maklumat ialah mempunyai computer mudah alih.

*     ALAT PERAKAM SUARA
Dapat merekod penyampaian secara lisan dalam keadaan dimana penyampai mungkin sukar untuk difahami. Boleh dijadikan rujukan selepas sesi penyampaian tanpa hilang isi-isi penting.

*     PETA MINDA
Membantu memahami maklumat secara logical dan dari segi kaitan antara topik-topik yang disampaikan.

*     KAMERA ATAU KAMERA VIDEO
Membantu merekod maklumat yang didapati daripada pemerhatian

2.       PEMERHATIAN
Pemerhatian merupakan kaedah berkomunikasi yang lebih kepada kemahiran memahami apa yang dilihat, ia berbeza dengan mendengar kerana kita cuba memahami sesuatu yang dilakukan tanpa penjelasan secara lisan :
              Kaedah memerhati yang efektif :
a.       Perhatikan dengan minat
b.      Ambil kedudukan yang terbaik
c.       Cata nota bila perlu
d.      Kaedah – maklumi, tunjuk, buat dan susulan
e.       Bertanya untuk ulangan atau ketidakjelasan

3.       KEMAHIRAN MEMBERI MAKLUMBALAS
Fokus kepada isu bukan orang atau personalitynya. Di samping itu
ü  Tujukan kepada perkara yang di dalam kawalanya, yang berkuasa diubahnya
ü  Tepat pada waktunya
ü  Beri cadangan pilihan
ü  Dengar penjelasannya walaupun tidak bersetuju dengannya.

3.1 Perbezaan Bahasa
             Bagi mengatasi masalah perbezaan bahasa, penyampai boleh menggunakan teknik di bawah :
a.       Alat Bantuan Visual
b.      Demonstrasi
c.       Penterjemah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan